Thursday, April 27, 2006

Yew ahhh


Pejabat Baru Saya





Ini. Ofis baru yang belum lagi siap sepenuhnya. Belum ada gambar-gambar di belakang si receptionist. Belum ada gubahan ala-ikebana menghiasi meja receptionist. Belum ada computer untuk si receptionist. Pintu tempered glass pun belum ada cut-out sand-blasted effect sticker pattern ala-kerawang. Dan sebagainya yang berbagai belum.

Ini aku tunjuk bahagian yang agak membanggakan sahaja, w'pun hakikatnya meja receptionist tu macam ta*k workmanshipnya. Banyak lagi workmanship yang macam ta*k dalam pejabat baru aku tu, sampaikan aku malu sebenarnya nak buka pejabat ini untuk mesyuarat-mesyuarat antara konsultan. Malu.

Kerana hakikatnya mereka (konsultan-konsultan yang kebanyakannya terdiri daripada designer bangunan-bangunan terbilang) bukannya akan berkata, "Ish, siapa kontraktor depa ni...? Teruknya finishing work."

Tapi hakikatnya, seperti Lee Sticker the I.D Contractor yang sangat berpengalaman membuat kerja-kerja I.D di renovasi jabatan lain di organisasi aku memberitahu aku pagi tadi, "Kesian *yew ah... nanti your consultants ah, diorang kata, aiyah, siapa designer ofis ni ah? I kesian yew."

Ya, aku lah designer ofis ni dengan segala detail datang dari kepala aku benak aku naluri aku turun ke kertas lukisan dan dokumen tender. Tapi hakikatnya, kontraktor aku sendiri tak pernah melakukan kerja-kerja binaan dalaman sebelum ni. Roller blinds pun dia tak tahu apa, apatah lagi natural timber veneer.

Aku beritahu Lee, "Itu ar yew, Lee. Siapa suruh your people terlupa masukkan addendum masa yew masuk tender renovate ofis I?? Kalau yew tak kena reject, mesti yew yang buat ofis I, dan bukan si mangkuk haiyun ni, maa..! Choiii."

Lee gelak-gelak. Dia balas, "Apa bley buat, Puan. Tak ala(ada) rezki."

Pandai pulak Cina ni. Respect.

Okay, laki gua tengah tunggu tu.

f~

*yew : you

1 comment:

Anonymous said...

wah...A**** aka f~, cantik nampak ofis yew arr, tak nampak macam biasala....
rRRRemou

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin