Wednesday, April 05, 2006

Matchmaker

My first real attempt on matchmaking, jatuh pada tanggal 21 Oktober 2004. Birthday sahabat paling akrab di pejabat ketika itu, firma R di KL Sentral. S namanya. Tahun tu umur dia genap 29 tahun. Cantik manis orangnya. Jaga solat. Kelakar. Penyabar. Senyuuuuuum je. Waktu dia masam pun, nampak macam muka senyum.

Aku mula kamcing dengan S pada awal Oktober, kala Mak Ayah bepergian ke Saudi ; partly mengerjakan umrah, partly melawat saudara mara di sana. Aku di rumah terpaksa bangun sebuta 5 pagi sepanjang 2 minggu tu untuk sediakan sarapan dan masak tengahari untuk adik-adik. Pukul 7 terus kejar komuter ke kerja.

Selalunya, untuk sarapan aku akan sediakan nasi goreng dan sandwich telur atau tuna dengan hirisan cili api, seperti yang adik-adik aku suka. Hmmm yum yum! Aku sendiri akan bawa bekal nasi goreng dan sandwich tu. Tapi masa Mak Ayah aku bepergian tu, sandwich tu selalu ku hulurkan sedikit buat S. Tah kenapa. Naluri aku nak beri dia lebih sikit dari orang lain. Tah kenapa.

Dalam perkiraan aku, tak mungkin orang sebegini manis, baik dan kelakar pula tu, tidak berpunya. Tak mungkin! Kalau dia lelaki, dah pasti aku akan ingat dia gay, dan akan aku hormati keputusannya untuk stay single. Tapi, tidak! Tidak! Dia tidak gay. Dan dia adalah perempuan!

Dalam perkiraan aku lagi, aku tercari-cari akan orang yang hendak aku matchmake kan dengan si S ni. Ahhhaaah! Aku teringat seorang ’adik’ aku di pejabat dahulu... M. Dia pun manis. Dia pun kelakar. Dia pun baik. Dia pun jaga solat. Hari jadi M pada 20-01-75; harijadi S pada 21-10-75. Cantiknya nombor!!! Dan dua-dua sekufu... tidak lah keluarga belah sini terlalu kaya, atau sana terlalu miskin. Hmm, aku fikir. Terbang boleh sama tinggi ni...

Tanpa lengah, aku minta izin dari kedua belah pihak untuk memperkenalkan diri masing-masing. Dua-dua setuju. Aku pun pass no hp S pada M. M pun nula menghantar sms. Ya, sms pertama adalah pada hari jadi S yang ke 29. 21 Oktober 2004. Kristal lagi.

Aku pula masa tu masih single trang tang tang. Kelakar, kan ? Aku yang single, sibuk pula nak pasangkan orang lain. Heh.

Awal Januari 2005, aku bertemu kembali dengan seorang jejaka (suamiku yang sekarang ni) buat kali kedua setelah 5 tahun ’berpisah’. Si M dan S... bukan sahaja belum bersua, tapi bercakap dalam telefon pun belum pernah lagi! Gila ke apa. Sabar betul menahan nafsu, si M tu. Ha ha!

21 Mei 2005, aku bertunang dengan suami aku. Si M dan S... dah ada improvement. Depa dah berbual di telefon, tapi masih belum berjumpa ! Gila betul. Sabar betul menahan nafsu, si M tu. Ha ha!

24 Disember 2005, aku bernikah dengan suami aku. Alhamdulillah, by that time, M dan S dah bersua muka, jatuh cinta, dan merancang untuk bersama-sama. Phew!

Maka, 8 hb April 2006 ni, akan formalized lah dua jiwa dalam ikatan pertunangan! Malangnya, aku tak boleh hadir majlis tu walaupun aku lah Ibu of the relationship. Ha ha!

Aku tanya S, bila nak berlangsung?

S kata, bulan 12 agaknya.

Aku beritahu dia, elok, tu! Barang-barang, termasuk cincin dan hantaran, boleh beli murah-murah macam aku dulu! Year-end Sale, maa!

S pun gelak-gelak, sebab aku promote barang-barang murah agaknya.

Aku beritahu dia lagi, apa kata kau langsung sama hari dengan aku, boleh kita sambut Anniversary tiap-tiap tahun sama-sama! Jom ar!

Apa-apa pun, aku sangat sangat sangat sangat bahagia dan gembira sebab mereka berdua memang cocok banget! Alhamdulillah!! Aku doakan mereka berdua bahagia dan murah rezeki hingga selama-lama, InsyaAllah!

Buat kalian berdua, love ya both!!! Muamuah!!

***

Sekarang, projek aku yang kedua adalah untuk matchmake kan lagi sepasang kawan aku... Abang S yang bertugas di Turkmenistan, dengan kawan akrab ku juga, M. Aku rasa macam depa berdua padannnnn sangat! Sama kuning, sama manis, sama kecil molek, dan tak pernah lupa bertanyakan khabar aku, walau dari jauh! Dua-dua pun tinggal dekat je di Ampang nu.

Aku dah perkenalkan masing-masing dalam email. Allah Will Do The Rest.

Orang-orang ni semua aku sayang. Kalau Abang S dan M pun jadi juga, aku ingat nak buka kedai Matchmaking lah, heh.

Dan satu kebetulan pula… Nama couple-couple ni semua bermula dengan huruf ‘S’ dan ‘M’ !

toodoo - doodoo - toodoo - doodoo *bunyi background Twilight Zone*


f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin