Thursday, April 13, 2006

Janji


Rasa macam kerja gila, tapi dari pagi sampai baru sekejap tadi, mau tiga, empat kali aku telefon rumah walaupun aku tahu hanya Labu aje ada di rumah.

Supaya Labu tahu kami tak lupakan dia. Supaya dia tak rasa sunyi dan tak cuba nak buat apa-apa stunt lagi.

Ini baru jaga anak kucing. Belum anak sendiri lagi.

(Ya, ya, aku tahu. Macam ni juga lah rasa Mak, Ayah, adik-adik atau rakan-rakan kalau lama aku tak call. Mereka rasa sunyi atau rindu. Ya, ya, aku tahu...)

Malam tadi kami ambil Labu dari Vet Hospital. Abang punyalah lega dan happy, maka aku pun offer untuk drive balik ke rumah supaya dia boleh duduk kat sebelah jaga Labu. Kalau kebiasaannya, Abang akan kata "Tak pa tak pa, Abang drive". Kali ni, Abang terus tak cakap banyak dan seluk saku ambil kunci kereta.

Tiba di rumah, Abang bawa Labu berkurung di bilik tidur dulu sambil aku siapkan makanan Labu. Lepas tu Abang tutup segala pintu dan tingkap. Abang jadi paranoid gila! Aku cakap, tak payah lah paranoid macam tu sampai kita pun lemas sama. Tapi sedikit sebanyak aku faham perasaan dia sebenarnya.

Malam Labu jatuh dan aku asyik menangis dan asyik teringat balik apa yang berlaku, Abang kerap ingatkan aku supaya cuba lupakan benda-benda yang lepas dan cakap benda-benda yang positif atau topik-topik lain.

'Thing is, not denying the fact that you're sad and talking about it is the way to lessen the burden. It is. I know. I been through losses and heartaches way so many times before that I know, THESE ARE some of the most effective ways to heal the aching heart. But maybe cara Abang lain, so I just kept quiet, and I know I'll just resort to writing instead. Which is, without fail, is always the best way to deal with pain.

Little that I know that masa siangnya, Abang dah call beberapa kawan to share his feelings over Labu.

One of his friends that he called was Pak Rustam (Rustam A Sani), the son of Allahyarham Ahmad Boestamam, one of our great historical figures who helped Malaya in gaining independence from the British.

Pak Rustam told Abang that when one of his favourite cats ran off from home, it took him and his wife at least 2 weeks to accept the loss. And Pak Rustam's late father, whom during his lifetime spent much of his life in jail, was a really fierce man. But somehow his dad's softer side surfaced when he cried over the death of his much beloved cat.

That conversation with Pak Rustam somehow helped Abang a lot in dealing with whatever that he had suppressed inside. I hope...!

What I know is, aku tak sabar nak balik rumah. Nak golek-golek dengan Labu. Nak belai-belai dia. Nanti dia pun pandang aku dan baring kat tangan aku. Nanti dia hidu-hidu dan cium aku kat hidung. Nanti dia ikut aku mana-mana aku pergi, walaupun terjengket-jengket kepayahan.

Kadang, aku rasa macam tak sabar nak ada anak, boleh depa berdua berkawan-kawan nanti...

Malam karang aku janji aku akan call ramai orang. Janji.

f~

2 comments:

sempoii said...

Masa i sekolah rendah, kucing my mom pernah terjatuh dlm telaga kul 3 pagi. Since my mom rapat sgt ngan kucing tu, sampaikan dia boleh terdengar² kucing tu mengiau² dr telaga masa dia tido. So pagi² buta tu jugak, my mum n ayah buat operasi menyelamatkan kucing, derang kuarkan dr telaga, hangatkan badan, letak atas nyiru pastu diang atas bara api.

Memang takjub ngan org yg bebetul leh rapat ngan pet gini. Unik. Moga Labu cpt recover eh..

Tok Rimau said...

Dulu kucing aku bernama Labu juga. Warnanya keLABU. Dia lari ikut kucing lain kerana kurang kasih sayang dari aku.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin