Wednesday, April 19, 2006

Hari Ini Hari...

Hari ini hari sedih.

Yang pertama, blog SiNagaNaga tutup since petang semalam. Aku sms Abg Naga, kenapa kenapa kenapa. Aku dpt indication yang dia terima sms aku, tapi dia tak reply pun sms aku.

Ohhhh. Kenapa kenapa kenapa??? Tim kaiiiii..?

Tapi aku rasa ada orang "ganggu" Abg Naga, macam Kak Dina Zaman (gongkapas.blogspot.com yang juga dah terkubur) dulu. Sekurang-kurang Kak Dina sekarang adalah Editor Rentakini dalam malaysiakini.com... jadi, terubat jugalah rindu aku.

Minta dijauhkan blog Tok R atau AJ tutup macam ni. Merana aku pagi-pagi dan petang-petang.

Ohhhh.

***

Hari ini hari sedih.

Keluar berita malam tadi dan surat khabar hari ini tentang seorang ibu dan dua anak mati di langgar keretapi di Sg. Petani.

Ish. I don't even want to write their names here, for fear of "attaching" them too much on my mind.

Ish. Aku tak boleh bayangkan perasaan si suami dan anak yang masih ada.

Sampai-sampai si suami ke tempat kejadian, anak isteri terkulai berdarah-darah tak bernyawa.

Baru dua jam lepas bergurau senda, sekarang kalau di panggil pun tak menyahut.

Baru dua jam lepas anak isteri di cium, sekarang hanya tinggal bau-bauan di selimut di bantal di katil di bilik di rumah.

Ish. Sakitnya, mereka. Kalau aku jadi si suami dan anak yang masih ada, aku dah tak nak balik rumah. For fear of counting back the last times of breathing them and seeing them.

Surat khabar tunjuk gambar suami meraung, dan mencium jenazah anak sambil anak yang masih ada sayu menatap adik yang dah tak bernyawa.

Ish. Aku tak boleh bayangkan perasaan si suami dan anak yang masih ada.


Takziah buat mereka sekeluarga. Semoga Allah s.w.t berikan kekuatan.

Al-Fatihah...

***

Hari ini juga adalah hari bengang aku di tempat kerja.
Seperti semalam.
Dan dua minggu lepas.

Pejabat baru untuk Unit baru aku yang aku design (aku design ruang pejabat tu, bukan Unit), sudah hampir siap. Sepatutnya dah siap pada 3 April lepas, tetapi lewat siap disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan di tapak.

Malangnya, inilah pertama kali aku jumpa a so-called Site Manager, yang, dah lah just refuse (or plain malas) to read my drawings and details yang aku bersengkang mata buat, lepas tu tak study the drawings and details, hence tak aware akan detail-detail yang sepatutnya ada.

Maka, alamatnya, di saat-saat stressful begini, banyak lah kesalahan di tapak yang dilakukan.

Maka, alamatnya, di saat-saat stressful begini, bergaduh-gaduh lah orang-orang di tapak kerana aku jadi The Biatch yang berleter & bitching around akan kerja-kerja yang sangat tidak memuaskan hati.

Maka, alamatnya, setiap kali balik kerja, aku jadi pening kepala sebab aku memang tak suka marah marah berleter marah marah berleter marah marah berleter.

I'm a lover, not a fighter.

Eiiih. Rasa nak picit-picit hidung dan dahi mamat-mamat tu. Eiiiih.



f~

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin