Thursday, April 06, 2006

Favourite

Kelmarin. Aku dan suami memesan makan malam nasik putih penuh dua pinggan, daging halia, ulam kacang panjang dan ikan goreng masak tiga rasa. Dari kedai Wira Tomyam di Bandar Sri Permaisuri.

Mmm, yum yum. Favourite kami semua ni.

Makanan pun tiba. Aku pun tanya suami.

Aku.
Macam mana nak buat masak tiga rasa ni ek? Nak buat lah bila balik rumah Mak nanti.

Suami.
Senang je. Masak je macam-macam mana pun, pastu panggil tiga orang untuk rasa.

Hmph. Poyo je.

f~

4 comments:

Tok Rimau said...

Suka la entri ni. Pendek menyengat.

Kawan Tok, OP & Mulan, suami isteri kongsi satu blog.

Kalian tak mau kongsi ke?

Op said...

ya! ya! kami kongsi satu blog, tapi yang selalu tulisnya aku saja. hehe.

Roti Kacang Merah said...

maka aku dgn op boleh ah berkawan baik. suami saya berdolak dalik nak buka blog, takut tak sempat nak update.

padahal, kat luar tu, ramai yg update blog hanya sebulan sekali. setahun sekali pun ada. heh.

sempoii said...

Buat 3 rasa senang jer..

1) Rasa manis
2) Rasa masin
3) Rasa pedas

Rasa sedap tu blakang kira hehehe..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin